awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Barat berdepan "kesan buruk" jika penduduk Palestin diusir dari Gaza - Al-Sisi
Mesir gesa Israel undur dari Gaza, buka semula pintu sempadan Rafah
Bekas PM Korea Selatan Lee Hae-Chan meninggal dunia di Vietnam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran loji: 'Kerajaan Selangor gadai kesihatan rakyat sendiri' - Hazali

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/09/2016
00:00 MYT
Pencemaran loji: 'Kerajaan Selangor gadai kesihatan rakyat sendiri' - Hazali
Menurut Hazali (kiri) Kerajaan Selangor meletakkan kesihatan rakyat negeri itu terancam akibat pencemaran air toksik di kawasan perindustrian Hi-Tech Semenyih. Foto Astro AWANI / Wan Syamsul Amly
Kerajaan Selangor meletakkan kesihatan rakyat negeri itu terancam akibat pencemaran air toksik di kawasan perindustrian Hi-Tech Semenyih yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air.
Pengarah Institut Belia Selangor, Datuk Hazali Abu Hassan berkata, ia disifatkan langkah menggadai nasib dan kesihatan rakyat sendiri selain tidak mencari jalan dalam menguruskan kesihatan rakyat pada tahap yang terbaik.
"Dua hari lepas fasiliti rawatan air (water treatment plant) di Sungai Semenyih terpaksa ditutup operasi (total shutdown) sebanyak tiga kali kerana terdapat kontiminasi air tercemar toksik merbahaya.
"Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah meluluskan projek kawasan perindustrian Hi-Tech di Semenyih ini yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air Sungai Semenyih .
"Apa rasionalnya Kerajaan Negeri meluluskan projek Hi-Tech Park sedemikian yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air yang berkemungkinan pencemaran sisa toksik akan berlaku seperti yang kita lihat hari ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.
Tambahnya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor, Kerajaan Negeri perlu bertanggungjawab di atas segala kemungkinan punca masalah kesihatan yang disebabkan air tercemar itu.
"Apa yang dibuat Kerajaan Selangor memberi risiko kepada lebih daripada satu juta rakyat negeri yang sentiasa dalam keadaan yang merbahaya.
"Perkara ini bukan main-main dan perlu di pandang serius oleh pihak berkuasa Negeri. Fenomena ini bukan sahaja menyusahkan rakyat Selangor tetapi juga boleh membahayakan kesihatan mereka jika keadaan ini tidak terkawal," tegasnya.
Sebelum ini, ada laporan menyatakan kebanyakan sungai di Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan berpotensi menjadi ancaman serius kepada keperluan asas yang amat penting ini jika tidak ditangani segera.
Ia turut menjadikan bahagian air bersih di sungai-sungai ini semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi, terutama pembangunan kawasan perumahan.
Topic Berkaitan
#Hazali
#Institut Belia Selangor
#Selangor
#toksik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan