awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencuci kereta didakwa 'masukkan jari' dan cederakan wanita

Raffi Bachik
Raffi Bachik
28/09/2017
11:01 MYT
Pencuci kereta didakwa 'masukkan jari' dan cederakan wanita
Tertuduh Abdul Rauf Singaravelu (tengah) membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan hakim Norma Ismail. - Foto Astro AWANI
Seorang pekerja pusat cuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita berusia 40 tahun dan mencederakan mangsa minggu lalu.
Tertuduh Abdul Rauf Singaravelu, 28 tahun membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama di bawah seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat.
Manakala, bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa yang sama dan bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun dan denda jika sabit kesalahan.
Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Bukit, Ayer Keroh pada jam 11.30 malam hingga 1 pagi pada 18 September, lalu.
Prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam P Gunalan merayu kepada mahkamah agar jaminan yang rendah diberikan kepada anak guamnya dengan alasan penjamin tertuduh iaitu adiknya perlu meminjam wang daripada individu lain.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan memberi amaran agar dia tidak menganggu mangsa selain menetapkan 25 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#ayer keroh
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#mangsa
#seksual
#serangan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan