awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penculik di Sandakan hubungi keluarga mangsa minta wang tebusan

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2015
04:59 MYT
Penculik di Sandakan hubungi keluarga mangsa minta wang tebusan
JALALUDDIN: Tidak menolak kemungkinan wujud dalang yang bersekongkol memberi maklumat mengenai mangsa.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan dua mangsa culik di Sandakan pada Khamis lalu berada dalam keadaan selamat.
Mereka dilaporkan berada di sebuah pulau di selatan Filipina dan dalam perkembangan terbaru, keluarga kedua-dua mangsa warga Malaysia itu sudah menerima panggilan telefon daripada penculik yang meminta sejumlah wang tebusan.
Jelas beliau, tuntutan yang dibuat oleh kumpulan penculik itu agak besar, namun enggan mendedahkan jumlahnya.
Berdasarkan siasatan awal, Jalaluddin tidak menolak kemungkinan wujud dalang yang bersekongkol memberi maklumat mengenai mangsa dan pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.
“Polis masih menjalankan siasatan dari semua sudut. Mengikut maklumat dan siasatan awal, besar kemungkinan ada dalang yang bersekongkol untuk memberi maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi," ujar Jalaluddin.
Dalam kejadian pada malam Khamis lalu, wanita warga Malaysia yang juga ibu kepada pemilik Restoran Ocean King di Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50, dan pelanggannya Bernard Then, 39, dilarikan sekumpulan empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan M-16.
BACA: Mangsa culik di Sandakan giat dikesan
Topic Berkaitan
#culik
#Filipina
#Jalaluddin Abdul Rahman
#Sabah
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan