Seorang pendaki warga Jepun tergelincir ketika sedang turun dari puncak Gunung Kinabalu kira-kira pukul 7.45 pagi Selasa.
Menurut kenyataan Taman-Taman Sabah di sini hari ini, mangsa Yoshimasa Maekawa, 65, cedera di kepala dan muka ketika sedang turun 7.3 kilometer dari puncak gunung setinggi 4,095 meter itu.
Kakitangan Taman-Taman Sabah dengan bantuan beberapa orang Malim Gunung atau pemandu pelancong memberi rawatan awal kepada mangsa dan mengusungnya turun ke Laban Rata iaitu pada ketinggian 3,272 meter gunung tersebut.
Sebuah helikopter Sabah Air kemudian membawa Yoshimasa ke pekan Kundasang sebelum dia dibawa ke Hospital Ranau menaiki ambulans.
Menurut kenyataan itu lagi, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
Sehubungan itu, pihak Taman-Taman Sabah memohon kerjasama para pendaki lain supaya sentiasa mengambil langkah berhati-hati sepanjang pendakian.
Bernama
Tue Feb 03 2015
Mangsa Yoshimasa Maekawa, 65, cedera di kepala dan muka ketika sedang turun 7.3 kilometer dari puncak gunung Kinabalu. - Foto Fail Gunung Kinabalu
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.
Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.
Limpahan deras di Gunung Kinabalu sebenarnya fenomena biasa
Keadaan ekstrem di puncak gunung itu adalah perkara yang sering berlaku dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
'Atuk' 90 tahun nasihat pendaki Gunung Kinabalu bersemangat, jiwa kental
Bekalkan diri dengan semangat dan jiwa yang kental untuk tawan Gunung Kinabalu, nasihat warga emas berusia 90 tahun Buatin Balandong yang berjaya sampai ke puncak gunung itu 5 Sept lepas.
Pendaki Kinabalu OKU Challenge 2022 berjaya tawan puncak Kinabalu
Peserta ekspedisi anjuran UIAM itu tiba di puncak gunung setinggi 4,095 meter itu antara jam 5.45 pagi hingga 6.30 pagi Rabu.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu
Mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 Gunung Kinabalu.
Balai bomba tertinggi di Gunung Kinabalu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mencipta sejarah apabila membina balai bomba di Gunung Kinabalu, sekali gus menjadi balai bomba terletak di lokasi paling tinggi di dunia.
Upah poter Gunung Kinabalu perlu diselaraskan - Menteri Sabah
Upah poter bawa barang untuk pendaki ialah RM13 sekilogram, untuk angkat barang keperluan penginapan pula RM5.50 sekilogram.
Salji turun di Gunung Kinabalu
Fenomena salji turun kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.72 pada Isnin Menggemparkan pendaki termasuk malim Gunung Kinabalu.