awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki lelaki mati ketika mendaki di Gunung Berembun

Bernama
Bernama
22/09/2018
20:47 MYT
Pendaki lelaki mati ketika mendaki di Gunung Berembun
Mangsa dikenali sebagai Hazrul Nizam Mohd Haranlani (kiri), anggota kastam yang berasal dari Putrajaya. Facebook Khaizam Boss
Seorang pendaki Gunung Berembun, Jalan Pantai di sini, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di laluan trek gunung tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata mangsa yang berusia 41 tahun itu dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 4 petang Sabtu.
Katanya, bomba menerima panggilan kira-kira pukul 11.45 pagi dan tiba di kawasan berkenaan pada pukul 12.10 tengah hari.
Bagaimanapun, bomba mengambil masa 4 jam untuk sampai di lokasi mangsa berada.
"Mangsa dikenali sebagai Hazrul Nizam Mohd Haranlani, merupakan seorang anggota kastam yang berasal dari Putrajaya, telah mendaki gunung bersama 26 orang rakannya kira-kira 7 pagi.
"Mangsa secara tiba-tiba pengsan sewaktu pendakian di kawasan ketinggian 4 ribu kaki di mana kawasan tersebut sukar mendapat liputan, sehingga menyebabkan kesukaran rakan-rakan lain untuk menghubungi pihak Bomba," katanya dalam kenyataan di sini.
Sehingga jam 7.30 malam semalam, operasi menurunkan mayat mangsa masih dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#gunung
#Gunung Berembun
#Hazrul Nizam Mohd Haranlani
#Jalan Pantai
#kastam
#mayat
#meninggal dunia
#Norazam Khamis
#pendaki
#trek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan