awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Organisasi bantuan beri amaran lebih banyak 'kematian beramai-ramai' di Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki sesat di Gunung Irau ditemui selamat

Tan Su Lin
Tan Su Lin
20/02/2017
07:37 MYT
Pendaki sesat di Gunung Irau ditemui selamat
Mangsa telah ditemui di CP (check point) Pisang dan berada dalam keadaan sihat. - Gambar fail
Selepas lebih 45 jam sesat di Gunung Irau, Cameron Highlands, Norfatin Sulaiman, 28, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat.
Pengarah Operasi, Persatuan Mencari dan Menyelamat Gunung Malaysia (MOSARS), Muzafar Mohamad memaklumkan mangsa ditemui pada sekitar jam 2.10 petang tadi dan usaha kini sedang digiatkan untuk membawa turun mangsa.
"Mangsa telah ditemui di CP (check point) Pisang dan berada dalam keadaan sihat.
"Pasukan SAR kini sedang membawa turun mangsa yang dipercayai tersasar kira-kira 1km daripada trek asal," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mangsa yang juga kakitangan sebuah syarikat minyak dan gas di ibu negara dilaporkan hilang pada jam 5.30 petang Sabtu apabila menuruni trek Gunung Irau.
Difahamkan, mangsa bersama 47 pendaki lain yang dibahagikan kepada lima kumpulan pendaki.
Namun separuh perjalanan, rakan mangsa hanya menyedari bahawa mangsa tidak bersama dalam kumpulan.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada 12.15 malam kelmarin melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Perhutanan Daerah.
Sejumlah 29 sukarelawan MOSARS turut menyertai misi pencarian pada pagi tadi.
Topic Berkaitan
#bomba dan penyelamat
#Gunung Irau
#Norfatin Sulaiman
#pendaki sesat
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan