Seorang pendaki wanita dilaporkan sesat di Gunung Irau, di Cameron Highlands sekitar jam 5.30 petang semalam semasa menuruni trek gunung berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhamad Haziq Hazmi mengesahkan identiti pendaki berkenaan sebagai Norfatin Sulaiman, 28, yang menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.
Ujar beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pada sekitar 11.20 malam dan operasi mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan sejak 1 pagi tadi bagi mencari mangsa.
Operasi melibatkan empat anggota bomba dan penyelamat serta dua anggota polis.
Difahamkan terdapat lima kumpulan yang menuruni trek Gunung Irau ketika itu. Namun separuh perjalanan, rakan mangsa hanya menyedari bahawa mangsa tidak bersama dalam kumpulan.
"Setengah jam perjalanan ahli kumpulan turun dari puncak Gunung Irau, mangsa masih bersama kumpulan. Setelah sampai di Mini Irau, mangsa seterusnya turun dari Mini Irau sampai di CP (check point) Pisang pada jam 5.30 petang.
"Separuh perjalanan, ahli kumpulan mendapati mangsa tiada bersama dalam kumpulan. Kali terakhir mangsa dilihat adalah di CP Pisang. Kami percayai mangsa tersasar dari laluan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada ketinggian 2,110m, Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands. Suhu di dalam hutan boleh mencecah di antara 13 hingga 17 darjah Celcius.
Ketika ini, operasi SAR masih lagi dijalankan.
Tan Su Lin
Sun Feb 19 2017
Mangsa dipercayai tersasar dari laluan selepas bergerak dari checkpoint Pisang. - Foto Astro AWANI/Tan Su Lin
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Lima lokasi sungai, air terjun di Kuala Krai dikenal pasti berlaku kepala air
Orang awam diharap tidak melakukan aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air dalam musim hujan ini.
JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok
Libatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir
JBPM Kuala Krai terima panggilan kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memindahkan dua keluarga dari Kampung Kenor.
Warga emas maut ketika sertai ekspedisi pacuan empat roda di Gerik
Setibanya anggota JBPM di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi yang lain.
Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang
Anggota JBPM terpaksa memotong besi itu menggunakan alat pemotong khas.
Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan
Mangsa warga Bangladesh itu dibawa keluar dari runtuhan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi
Sembilan anggota dengan dua jentera dan satu bot aluminium dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.
Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.50 petang.
Lelaki maut dihempap batu kuari
Mangsa Loi Thiam Fatt, 56, disahkan maut oleh pegawai perubatan dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu.
Tragedi Bukit Kukus: Pasukan SAR turut selamatkan kucing yang tertimbus
Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong yang masuk hari kedua telah menyelamatkan seekor kucing.