awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2019
00:00 MYT
Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia
Perkara itu juga dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook Adun Kupang, Datuk Najmi Ahmad, pagi ini. - Foto Sinar Harian
Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham meninggal dunia sekitar 7.30 pagi tadi pada usia 73 tahun.
Lapor Bernama ketika dihubungi, anak Allahyarham mengesahkan perkara itu.
Mohamad Yusri berkata bapanya rebah dan tidak sedarkan diri ketika bangun hendak menunaikan solat Subuh.
Beliau berkata Alllahyarham kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi.
Katanya, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda dan dijangka dikebumikan di perkuburan berdekatan sebelum Zohor.
Sebelum itu antara yang terawal memaklumkan berita sedih itu adalah menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Ustaz Nabil Ahmad.
"Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah," tulisnya.
Terdahulu, Nabil turut memaklumkan Allahyarham dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.

Perkara itu juga dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook Adun Kupang, Datuk Najmi Ahmad, pagi ini. "Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah..."

Allahyarham sebelum ini pernah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Abu Hassan pernah ber­khidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara dan merupakan adik kepada pendakwah terkenal Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz. Allahyarham juga merupakan bekas imam di Masjid Negara dan pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa orang Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin. Selain itu Abu Hassan juga aktif berceramah melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Te­levisyen Malaysia (RTM) dan turut terkenal sebagai Ikon Astro Oasis.

Topic Berkaitan
#Abu Hassan Din Al-Hafiz
#Al-Fatihah
#Malaysia
#meninggal dunia
#pendakwah terkenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan