awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendapatan negeri Perak meningkat bukan kerana pusat hiburan

Bernama
Bernama
01/12/2019
05:57 MYT
Pendapatan negeri Perak meningkat bukan kerana pusat hiburan
AHMAD FAIZAL: Peningkatan itu turut disumbangkan oleh pembayaran premium oleh kerajaan Persekutuan.
Peningkatan pendapatan kerajaan negeri Perak bukan bergantung kepada pungutan hasil bukan cukai termasuk bayaran lesen billiard dan lesen premis minuman keras semata-mata.
Sebaliknya, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata peningkatan itu turut disumbangkan oleh pembayaran premium oleh kerajaan Persekutuan sekali gus membantu meningkatkan lebihan tunai kerajaan negeri.
"Sebenarnya peningkatan tinggi untuk lesen hiburan dan billiard berpunca apabila kerajaan negeri menjalankan pemantauan secara menyeluruh dan melesenkan operasi pusat hiburan yang sebelum ini ada dijalankan tanpa lesen sah.
"Itu antara peningkatan perkara tersebut tetapi masa yang sama hasil kerajaan negeri meningkat disebabkan usaha kerajaan negeri mendapatkan pembayaran premium terutama daripada kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Berkhatan Beramai-ramai Kampung Seri Klebang anjuran PBBM Chepor Dalam di sini pada Ahad.
Ditanya mengenai jumlah tunggakan premium yang dibayar kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata ia berbeza mengikut setiap kementerian.
"Jumlah itu berbeza mengikut kementerian tetapi sangat penting kerana (sebagai contoh) katakan satu kementerian itu perlu buat pembayaran RM80 juta, ia kira-kira 0.8 peratus daripada bajet kerajaan negeri," katanya.
Pada 18 Nov lepas, Ketua Pembangkang Perak, Datuk Saarani Mohamad melahirkan kebimbangan ke atas hasrat kerajaan Perak meningkatkan pendapatan dalam Belanjawan Negeri 2020 melalui pungutan hasil bukan cukai termasuk bayaran lesen billiard dan lesen premis minuman keras yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#cukai
#cukai hiburan
#kerajaan Persekutuan
#lesen billiard
#lesen premis minuman keras
#Menteri Besar Perak
#pendapatan kerajaan negeri
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan