Kementerian Kesihatan (KKM) memberi keutamaan untuk memeriksa semula sistem pendawaian di hospital di seluruh negara bagi mengelak kejadian kebakaran seperti yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, beberapa peruntukan juga telah diluluskan bagi tujuan berkenaan.
"Kita memberi keutamaan untuk melihat sistem pendawaian di seluruh negara dan kita sudah lulus beberapa peruntukan penting untuk kita lihat perkara itu... ada beberapa keutamaan yang kita akan berikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Chini dekat sini, pada Isnin, sebagai mengulas mengenai kebakaran yang berlaku di Wad Perubatan Perempuan 1, HSA pada Ahad.
Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu tidak mengakibatkan sebarang kematian kerana kesemua 24 pesakit yang berada di wad berkenaan berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas petugas di hospital itu.
HSA pernah mengalami kebakaran pada Oktober 2016 melibatkan tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan yang mengakibatkan enam pesakit maut.
Sementara itu, Dr Adham turut merafak sembah terima kasih kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan untuk membiayai kos membaik pulih wad HSA yang terbakar itu.
"Kalau mengikut proses KKM mungkin mengambil masa yang lama dan mengikut titah Tuanku, tiga pihak iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya dan KKM akan duduk serta menyiapkan pelan yang terbaik.
"Saya sendiri telah melawat kawasan itu semalam dan ada sedikit sebanyak yang perlu dibuat. Keseluruhan kompleks itu perlu dilakukan pendawaian semula dan tambah baik ruang penempatan pesakit," katanya.
Sultan Iskandar dalam akaun Facebook rasmi baginda bertitah berkenan untuk membiayai kos membaik pulih wad yang terbakar itu dan akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja pembaikan dimulakan segera.
Baginda turut bertitah segala kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
-- BERNAMA
Fareez Azman
Mon Jun 29 2020
Jururawat dan doktor berkumpul di perkarangan wad perubatan perempuan 1 yang terbakar di HSA, pada Ahad. -BERNAMA
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.