Pendidikan adalah penting, terutamanya bagi kanak-kanak pelarian supaya mereka dapat memantapkan kemahiran dan maju di masa hadapan.

Atas sebab itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menekankan kepentingan menyediakan pendidikan yang sempurna sebagai pelaburan bagi masa depan kanak-kanak pelarian.

"Islam sendiri amat menekankan kepentingan pendidikan.

"Oleh itu, amat penting untuk kita bukan sahaja terus mencari ilmu tetapi juga mengamalkannya," kata beliau pada Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Kanak-Kanak Pelarian di Sri Satria malam tadi.

Program yang dipelopori beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bakal menumpukan kepada kanak-kanak pelarian terutamanya dari Syria dan Palestin.