awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendirian Perdana Menteri beri sinar harapan buat pelarian Syria - NGO

Hilal Azmi
Hilal Azmi
03/10/2015
06:58 MYT
Pendirian Perdana Menteri beri sinar harapan buat pelarian Syria - NGO
SANI ARABY: Kita dilihat masih berhati-hati dan tidak mengambil langkah drastik dikala seluruh kesatuan OIC meletakkan jangkaan Malaysia akan memainkan peranan yang baik selepas tindakan yang dibuat Perdana Menteri Turki. - Gambar Fail
Kesediaan kerajaan untuk membantu pelarian Syria yang menghadapi krisis perang saudara di negara mereka disambut baik Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantu pelarian Syria.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line For Syria (MLLFS), Syahrir Azfar Saleh, berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedikit sebanyak melegakan pelarian Syria dan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap krisis ini.
"Keputusan Malaysia pastinya memberikan sinar harapan buat pelarian-pelarian Syria ini yang rata-ratanya mengenali Malaysia sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim," katanya dalam satu kenyataan yang dipaparkan menerusi Facebook rasmi MLLFS.
Tambah Syahrir, beliau memuji tindakan yang diambil Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) memandangkan krisis perang saudara di Syria kini menjadikan 16 juta rakyatnya memerlukan bantuan segera dan juga bantuan jangka masa panjang.
Malah, MLLFS turut menyatakan kesediaan untuk meneruskan komitmen untuk membantu keperluan mendesak pelarian Syria yang memasuki Negara Malaysia.
Bagi Pengarah Strategi MAPIM, Sani Araby Al-Kahery beliau mengakui kesediaan Malaysia merupakan satu perkembangan positif, akan tetapi Malaysia dilihat masih teragak-agak untuk membuat keputusan dalam isu Syria padahal suara Malaysia antara yang paling ditunggu-tunggu oleh negara Islam di seluruh dunia
"Kita dilihat masih berhati-hati dan tidak mengambil langkah drastik dikala seluruh kesatuan OIC meletakkan jangkaan Malaysia akan memainkan peranan yang baik selepas tindakan yang dibuat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
"Ini kerana Malaysia dikenali dunia Islam (terutamanya ketika zaman Tun Mahathir) sebagai suara yang lantang di persidangan meja bulat PBB," katanya yang juga seorang Penasihat kepada Kesatuan NGO Kemanusiaan Syria (Itihad)," tambahnya ketika dihubungi Astro Awani.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia akan menawarkan penempatan dan peluang pekerjaan sementara kepada 3,000 pelarian Syria serta akses pendidikan kepada anak-anak mereka semasa berada di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penerimaan pelarian berkenaan menunjukkan sikap keperimanusiaan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa rakyat Syria.
Sebelum itu, Najib menerusi ucapannya pada sesi ke 70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kesediaan Malaysia untuk membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Topic Berkaitan
#Malaysia Life Line For Syria
#migran
#Najib Razak
#Perhimpunan Agung PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Sani Araby Al-Kahery
#Syahrir Azfar Saleh
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan