awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
"Jermanpine" permata berharga Kampung Parit Jerman, ikon pelancongan baharu Pontian
Seni Silat Cekak berkembang ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk gempar terjumpa mayat dalam longkang

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
28/10/2019
09:37 MYT
Penduduk gempar terjumpa mayat dalam longkang
Keadaan mayat yang ditemui orang awam di dalam longkang Taman Inderapura pada Ahad malam. - JBPM
Penduduk di Taman Inderapura di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di perumahan berkenaan pada Ahad malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mayat lelaki berusia 40-an dan beralamat di Kampung Razali, Jalan Gambang, itu ditemui orang awam kira-kira jam 11.08 malam.
"Ketika ditemui mangsa hanya berseluar jean tanpa baju. Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa atau sebarang kesan pergelutan.
“Identiti mangsa dikenal pasti oleh bekas isterinya berdasarkan tanda pada lengan kanan lelaki itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.
Beliau berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#Kuantan
#mayat
#mayat dalam longkang
#PDRM
#polis
#taman inderapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan