Penduduk di kawasan Parlimen Telok Kemang pada Isnin teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk makan tengah hari bersama mereka di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.
Majlis yang diadakan di Dataran Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson itu, menurut mereka, sangat santai dan mempamerkan kemesraan pemimpin nombor satu negara itu dengan masyarakat.
A. Gopal, 63, ketika ditemui Bernama berkata perdana menteri merupakan seorang yang mempunyai karisma kepimpinan tinggi dan mampu membawa Barisan Nasional (BN) dan negara ke arah lebih baik.
"Saya yakin Parlimen Telok Kemang dapat kembali kepada BN kerana wakil rakyat yang ada sekarang daripada PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak membuat apa-apa perubahan di sini.
"Sudah 10 tahun parti pembangkang memerintah di Telok Kemang tapi kali ini saya pasti dengan sokongan padu diberikan kepada Najib pada hari ini, BN akan menang," katanya.
Hamzah Jantan, 59, berkata beliau amat bertuah dapat menghadiri majlis berkenaan dan penerangan disampaikan perdana menteri mengenai usaha dilakukan kerajaan selama ini dapat menghapuskan persepsi negatif yang selama ini dilemparkan pembangkang.
"Program-program ini sangat penting kerana pemimpin tertinggi dapat memberi mandat supaya jentera BN akan dapat terus bergerak selain dapat mendekatkan rakyat bersama pemimpin," katanya.
Sementara itu, Rosmah Yahya, 62, berkata program itu mampu menyatukan semua lapisan masyarakat yang dilihat sebelum ini berpecah-belah.
"Program-program pemimpin bersama rakyat harus diteruskan dengan kerap kerana sebelum ini kalau dilihat masyarakat tidak banyak bergaul sesama sendiri tetapi dengan program seperti ini banyak membantu memupuk perpaduan pelbagai kaum yang berada di kawasan sekitar ini," katanya.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan kepimpinan BN negeri dan Telok Kemang serta 10,000 hadirin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disambut orang ramai sejurus tiba pada Majlis Pemimpin bersama Rakyat di Teluk Kemang, Port Dickson pada Isnin. --fotoBERNAMA
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).