awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penebang pokok parah jatuh skylift

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
30/12/2017
08:58 MYT
Penebang pokok parah jatuh skylift
Salah seorang mangsa cedera parah di bahagian muka dan kepala dalam kejadian skylift patah dekat Simpang Tanjung Jara, Dungun. - Foto Astro AWANI
Seorang penebang pokok kritikal manakala pembantunya cedera selepas terjatuh ketika melakukan kerja menebang pokok di sini, tengah hari tadi.
Ia berlaku di Kilometer 68.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Simpang Tanjung Jara, Dungun kira-kira jam 12.15 tengah hari.
Ketika kejadian mangsa, Che Wan Rani Che Wan Deraman, 57, dan pembantunya, Che Wan Mohd Asri Che Wan Mustafa, 39, berada pada ketinggian 12 meter.
Kedua-dua mangsa berada di dalam kotak skylift dan sedang melakukan kerja menebang pokok sebelum tiang skylift terbabit dipercayai patah sebelum terhempas.
Susulan itu, mereka tercampak ke atas jalan dan seorang mangsa, Che Wan Rani mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dungun, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahib berkata, seramai tiga anggota APM dengan sebuah ambulan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Dungun
#Forklift Patah
#Kapten PA Ramlan Ros Wahib
#Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dungun
#Penebang pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan