awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penemuan bom di Damansara Perdana tiada unsur keganasan - Zahid

Hilal Azmi
Hilal Azmi
17/04/2016
09:02 MYT
Penemuan bom di Damansara Perdana tiada unsur keganasan - Zahid
ZAHID: Saya beri jaminan bahawa pihak polis sentiasa bersiap siaga untuk memastikan keselamatan.
Penemuan bom buatan sendiri di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana tiada kaitan dengan unsur keganasan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara berkenaan.
"Polis masih belum dapat motif pembuatan bom berkenaan tetapi dapat menghidu beberapa kesimpulan awal dan ia tiada kaitan dengan Daish.
"Hal ini ada kaitan dengan kegiatan jenayah, tetapi bukan keganasan.
"Kepada orang awam, terutamanya penduduk sekitar, saya beri jaminan bahawa pihak polis sentiasa bersiap siaga untuk memastikan keselamatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Rumah GAPENA di sini hari ini
Terdahulu, pihak polis berjaya menemui lima bom buatan sendiri hasil pemeriksaan di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana, di sini selepas menerima satu panggilan ancaman bom pagi tadi.
Bom terbabit ditemui di sebuah bilik di tingkat 17 kondominium terbabit.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata sebelum itu hasil maklumat dan risikan pasukan khas dari Bukit Aman, mereka bertindak menyerbu kondominium terbabit pada pukul 4.30 pagi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahadi Hamidi
#bom Damansara Perdana
#bom tiada unsur keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan