awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penemuan fakta baharu Pulau Batu Puteh beri peluang menyerlah buat negara

Bernama
Bernama
09/02/2017
23:00 MYT
Penemuan fakta baharu Pulau Batu Puteh beri peluang menyerlah buat negara
Pada 23 Mei, 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh. - Gambar fail
Penemuan fakta baharu yang dapat membantu kerajaan Persekutuan mendapatkan semula Pulau Batu Puteh diharap akan memberi peluang lebih menyerlah kepada Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tahniah harus diberikan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersama pasukannya kerana berjaya menemui fakta baharu itu sekali gus memohon untuk semakan semula penghakiman kes berkenaan.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan dapat memberikan keputusan berlainan daripada keputusan awal yang dibuat, katanya.
"Kedaulatan sesebuah negara merupakan satu perjuangan penting. Apa usaha boleh diusahakan, kita usahakan.
"Jadi kita harap boleh dapat keputusan berlainan daripada keputusan yang dibuat awal. Kita tidak boleh mengaku kalah dalam hal ini," kata Azalina, yang juga Anggota Parlimen Pengerang.
"Keputusan sebelum ini kita terima, tetapi dengan adanya fakta baharu ini memberi kita peluang untuk membuat rayuan semula," katanya kepada pemberita selepas turun padang di tiga buah kampung, pada Khamis.
Tambah Azalina, umum mengetahui bahawa Pulau Batu Puteh mempunyai banyak sejarahnya.
Katanya, beliau percaya jika dilihat semula dari segi fakta baharu, hakim di mahkamah antarabangsa akan lebih terbuka untuk menerima fakta itu.
Pada 23 Mei, 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh, Johor.
Sementara itu, mengulas tentang persediaan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, Azalina berkata beliau hanya mengharapkan yang terbaik dan percaya keikhlasan dan perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat dinilai sendiri oleh rakyat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Azalina Othman Said
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Pulau Batu Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan