awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan pertama Qingdao Airlines mendarat di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
29/10/2019
12:57 MYT
Penerbangan pertama Qingdao Airlines mendarat di Pulau Pinang
Penerbangan sulung Qingdao Airlines ke Malaysia adalah bertepatan dengan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China pada tahun ini. - Gambar fail
Penerbangan pertama Qingdao Airlines, China, yang menggunakan pesawat Airbus A320neo untuk laluan Changsha-Quanzhou-Pulau Pinang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 4.15 petang tadi dengan 42 penumpang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata penerbangan sulung Qingdao Airlines ke Malaysia adalah bertepatan dengan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China pada tahun ini.
Katanya, pesawat Changsha-Quanzhou-Pulau Pinang akan menjadi penerbangan normal berjadual iaitu setiap Selasa dan Sabtu, selepas ini.
"Laluan ini pasti akan mempromosikan dan meningkatkan pelancongan serta pertukaran budaya dan ekonomi antara kerajaan, perusahaan, rakyat, termasuk individu di antara China dan Malaysia," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Syarikat Penerbangan Malaysia Airports Holdings Mohamed Salluddin Mat Sah, Pengerusi Persatuan Pelancongan Cina Malaysia Datuk Albert Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Aviation Sdn Bhd Woo Kam Weng dan Timbalan Pengurus Besar Qingdao Airlines Liang Zheng.
Sementara itu, menurut Liang, Qingdao Airlines mahu memulakan lebih banyak penerbangan langsung membabitkan Pulau Pinang dan bandar-bandar lain di China seperti Qingdao, Nanjing, Tianjin dan Nanzhou.
"Kami belum lagi mempunyai jangkaan bila kesemua penerbangan ini boleh diperkenalkan, tetapi kami berharap ia boleh dimulakan secepat mungkin, dengan bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#a320neo
#Airbus
#China
#Malaysia
#pelancongan
#penerbangan
#penerbangan sulung
#pulau pinang
#qingdao airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan