Sekolah tahfiz dan madrasah boleh memulakan pembelajaran mereka walaupun masih terdapat kes positif COVID-19 di lokaliti tertentu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata menjadi tugas dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan dari masa ke masa.

Ujarnya, tindakan tersebut akan tetap berterusan walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tamat.

“KKM telah kenal pasti lokaliti sekolah ataupun madrasah dan juga kumpulan sasar dalam kalangan pelajar, kakitangan dan guru. Mereka boleh buka pembelajaran dan sebagainya.

“Tetapi tugas KKM ialah menjalankan saringan daripada semasa ke semasa. Ini adalah pemantauan dan pengawasan daripada KKM.

“Mungkin kita akan dapat kesan kes-kes, jadi tindakan ini akan bererusan walaupun kita telah keluar daripada PKPP,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wujud kebimbangan di media sosial apabila masih ada kes positif COVID-19 dalam kalangan pelajar tahfiz.

Lebih membimbangkan apabila ia akan kembali beroperasi pada 24 Jun ini melibatkan kelompok pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam negara.