awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Papa Zola The Movie' catat kutipan RM43 juta dalam 18 hari tayangan
HDC nafi dakwaan tular pengagihan Rumah Sri Pertiwi
Pelancong Arab Saudi dipelawa masukkan Perlis dalam itinerari TMM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2019
03:46 MYT
Penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati
Tertuduh, Mohd Faiz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine, pada 1 September lalu. - Foto fail/SINAR HARIAN
Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dituduh memiliki dadah methamphetamine seberat 6,926.72 gram di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini hari ini.
Mohd Faiz Yusof, 35, dari Kampung Macang, Manir di sini, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Faiz.
Mohd Faiz didakwa memiliki dadah itu pada 1 September lalu kira-kira jam 7.30 malam di sebuah bilik bahagian atas rumah di Jalan Pulau Bahagia, Kampung Padang Macang.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 15 Oktober depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Che Amir Che Musa.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan cubaan tokan dadah melarikan diri ketika serbuan di Kampung Padang Macang, Manir di sini gagal apabila suspek ditahan bersama 60,000 biji pil kuda bernilai RM600,000.
Topic Berkaitan
#Dadah
#edar dadah
#hukuman gantung
#Kuala Terengganu
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Mohd Faiz Yusof
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan