awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dituduh bunuh tiga sekeluarga di Melaka

Raffi Bachik
Raffi Bachik
07/09/2016
08:26 MYT
Penganggur dituduh bunuh tiga sekeluarga di Melaka
Tertuduh Luqman Hadi Mustapa, 28, yang berpakaian lokap polis hanya menunduk faham tanpa sebarang pengakuan selepas kertas pertuduhan dibacakan. - Foto Bernama
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim, Melaka 25 Ogos lalu.
Tertuduh Luqman Hadi Mustapa, 28, yang berpakaian lokap polis hanya menunduk faham tanpa sebarang pengakuan selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norina Maludin.
Mengikut pertuduhan, Luqman Hadi didakwa membunuh Hassan A. Wahab, 70; Mariah Baharim, 60 dan Muhammad Taufeq Hassan, 21 di rumah No 460-1, Jalan Sidang Said, KM7.2 Bertam Malim di sini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 5.50 pagi hingga 6.15 pagi, 25 Ogos lepas dan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.
Luqman yang juga merupakan anggota keluarga itu turut menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana dengan niat menetak dua lagi anak mangsa dengan menggunakan sebilah parang panjang.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara selama dua puluh tahun.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Majistret menetapkan 7 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat disediakan.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Chee Thim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Luqman Hadi Mustapa
#Mahkamah Majistret Ayer Keroh
#membunuh tiga sekeluarga
#Penganggur dituduh bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan