awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur majlis perkahwinan di kuil langgar keputusan kerajaan - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2020
07:36 MYT
Penganjur majlis perkahwinan di kuil langgar keputusan kerajaan - Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan sebuah kuil menganjurkan upacara perkahwinan seperti yang tular pada Ahad jelas melanggar keputusan dibuat kerajaan. - Gambar Sinar Harian
Hanya aktiviti keagamaan dibenarkan untuk rumah ibadat bukan Islam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ia akan hanya bermula 10 Jun nanti.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan sebuah kuil yang menganjurkan upacara perkahwinan seperti yang tular pada Ahad jelas melanggar keputusan dibuat kerajaan.
Menurutnya, keputusan itu dicapai selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang telah dipersetujui Kementerian Perpaduan dan beberapa pemimpin agama.
“Apa yang berlaku ini melanggar undang-undang dan saya difahamkan polis sedang mengambil tindakan kepada penganjur termasuklah mereka yang menghadiri majlis tersebut,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Tambah beliau, maklumat itu telah dimaklumkan kepada semua persatuan dan pemimpin agama bukan Islam di Malaysia.
Satu portal berita melaporkan hampir 100 penganut Hindu berhimpun di kuil tersebut dipercayai bagi menghadiri upacara perkahwinan pada Ahad.
Satu rakaman video berkaitan isu tersebut turut dimuat naik dalam laporan portal berita berkenaan.
Topic Berkaitan
#Islam
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#kuil
#Malaysia
#Media
#menteri
#perkahwinan
#perpaduan
#polis
#rumah
#Serdang
#undang-undang
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan