awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur perhimpunan Bersih 4 "kurang ajar" - Mustapa

Bernama
Bernama
29/08/2015
06:45 MYT
Penganjur perhimpunan Bersih 4 "kurang ajar" - Mustapa
MUSTAPA: Dia pilih tarikh dan lokasi kita nak sambut ambang kemerdekaan, walaupun mereka ditawarkan tempat lain namun mereka teruskan rancangan mereka itu. -Gambar fail
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengutuk perhimpunan Bersih 4 di ibu negara hari ini dan esok kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau menyifatkan penganjur perhimpunan haram itu "kurang ajar" kerana memilih tarikh dan lokasi yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.
"Dia pilih tarikh dan lokasi kita nak sambut ambang kemerdekaan, walaupun mereka ditawarkan tempat lain namun mereka teruskan rancangan mereka itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di sini hari ini.
Polis Diraja Malaysia pada Selasa lepas mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 sebagai haram kerana gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Bagaimanapun, penganjur perhimpunan yang diharamkan itu masih ingin meneruskan program itu yang bukan sahaja menyalahi arahan pihak berkuasa malah akan mengganggu persiapan menyambut Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, Isnin ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata seluruh rakyat harus bersatu mempertahankan keamanan negara kerana apabila keadaan huru hara berlaku, ia akan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan keamanan negara.
Beliau berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan mempunyai saluran tertentu untuk semua pihak menyuarakan pandangan tanpa perlu melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#kurang ajar
#Mustapa Mohamed
#perhimpunan haram
#UMNO Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan