awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran Bersih 4.0 belum memenuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis

Bernama
Bernama
19/08/2015
15:42 MYT
Penganjuran Bersih 4.0 belum memenuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis
TAJUDDIN: Polis menerima notis pemberitahuan daripada pihak penganjur semalam, namun dokumen berkenaan tidak lengkap kerana tidak menyertakan kebenaran pemilik lokasi berhimpun. - Foto bestfbkl.blogspot.com
Penganjur Bersih 4.0 masih belum memenuhi ketetapan Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.
Beliau berkata polis menerima notis pemberitahuan daripada pihak penganjur semalam, namun dokumen berkenaan tidak lengkap kerana tidak menyertakan kebenaran pemilik lokasi berhimpun.
"Mereka boleh menghantar dokumen itu pada bila-bila masa sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan, selepas menerimanya baharu kami akan mempertimbangkan permohonan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Akta Perhimpunan Aman 2012 antaranya memperuntukkan bahawa penganjur perlu memberi notis penganjuran kepada polis selewat-lewatnya 10 hari sebelum acara, dan denda sebanyak RM10,000 akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian.
Di bawah akta itu, perhimpunan dilarang diadakan dalam lingkungan 50 meter dari tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah.
Dalam pada itu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dalam kenyataan di laman rasmi Facebook BERSIH 2.0 menegaskan perhimpunan tetap akan dijalankan seperti dirancang.
Katanya, BERSIH 4.0 akan berkumpul sekitar atau kawasan paling hamper dengan Dataran Merdeka dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang akan dilakukan di dataran itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sebelum ini, polis meminta penganjur Bersih 4.0 mengubah lokasi perhimpunan yang dirancang di ibu kota termasuk di Dataran Merdeka dan Padang Merbok berikutan lokasi berkenaan dianggap tidak sesuai.
Perhimpunan Bersih 4.0 dijadual diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Topic Berkaitan
#Bersih
#Kuala Lumpur
#perhimpunan
#polis
#Tajuddin Md Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan