Kerajaan negeri Pahang hari ini, mengisytiharkan beberapa pembaharuan dalam tatacara penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri Pahang, berkuat kuasa 1 Ogos lepas.
Pembaharuan itu memperlihatkan ketegasan dalam pengurniaan darjah dan pingat menerusi penubuhan Jawatankuasa Penilaian bagi menilai kelayakan penerima dan Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat salah laku penerima.
Syarat had usia juga diwujudkan, yang mana tiada individu di bawah 40 tahun boleh dicalonkan bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran 'Datuk' dan ke atas, melainkan pencalonan oleh Raja Pemerintah.
"Kerajaan negeri berpandangan pengisytiharan ini akan memberikan jaminan integriti dan tadbir urus tatacara penilaian penerima darjah kebesaran negeri Pahang yang tinggi," menurut kenyataan media yang dikeluarkan kerajaan negeri di sini, hari ini.
Kenyataan itu menyebut pencalonan individu untuk penganugerahan itu hanya boleh dibuat Raja Pemerintah, Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara, Menteri Besar, Ketua Menteri atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau pemimpin masyarakat atau industri yang diiktiraf.
Setiap pencalonan itu, akan melalui Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada Menteri Besar selaku pengerusi dan barisan pentadbiran Pahang iaitu Setiausaha Kerajaan negeri, Penasihat Undang-undang, Pegawai Kewangan dan Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja.
Turut menganggotai jawatankuasa itu ialah Ketua Polis Pahang, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Pengarah Tanah dan Galian negeri dan mana-mana individu yang dilantik Pengerusi dengan persetujuan Raja Pemerintah.
Pembaharuan itu juga melibatkan siasatan serta-merta perlu dibuat terhadap penerima darjah kebesaran yang dikaitkan dengan salah laku, ketidakjujuran, kekurangan integriti atau perkara yang mencemarkan nama baik penerima.
Ini melibatkan jika perkara itu dibawa ke pengetahuan Raja Pemerintah, Menteri Besar, Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Ahli Jawatankuasa Penilaian atau Kerajaan Negeri serta yang dilaporkan di media, walaupun tiada laporan rasmi dibuat ke Jawatankuasa Penilaian.
"Jawatankuasa Penilaian akan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada tiga orang daripada Ahli Jawatankuasa Penilaian untuk menyiasat salah laku yang dilaporkan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah keputusan Raja Pemerintah adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah atau tribunal selain tiada tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding boleh dimulakan kepada pihak yang terlibat dalam Jawatankuasa Penilaian dan Jawatankuasa Siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019
Kerajaan negeri Pahang berpandangan pengisytiharan ini akan memberi jaminan berhubung integriti dan tadbir urus tatacara penilaian penerima darjah kebesaran negeri. - Gambar fail/hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
PRK DUN Pelangai: BN Pahang senaraikan enam calon berkaliber
Difahamkan antara nama yang berada dalam senarai tersebut adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Jamaludin Buyong.