awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah jabatan kerajaan Melaka ditahan reman kes rasuah

Raffi Bachik
Raffi Bachik
16/08/2016
04:50 MYT
Pengarah jabatan kerajaan Melaka ditahan reman kes rasuah
Suspek yang juga berpangkat Datuk itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Foto BERNAMA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan setelah memperoleh perintah mahkamah.
Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Penolong pendaftar majistret Mahkamah Ayer Keroh, Syarina Shaarani membenarkan suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan reman seminggu bermula Selasa sehingga 22 Ogos ini.
Suspek yang juga berpangkat Datuk itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada Isnin, tiga penjawat awam berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.
BACA: SPRM tahan dua Datuk, beku aset bernilai RM13 juta
BACA: Pegawai kanan DBKL direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua suspek masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di tiga negeri berasingan.
Topic Berkaitan
#jabatan kerajaan
#Melaka
#penggubahan wang haram
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan