awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan ke JPM

Hakim Rahman
Hakim Rahman
07/08/2015
12:06 MYT
Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan ke JPM
Bahri merupaka salah seorang daripada dua pegawai kanan SPRM yang dipindahkan ke JPM.
Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin merupakan salah seorang daripada dua pegawai kanan SPRM yang dipindahkan keluar daripada mengendalikan kes berprofil tinggi.
Sumber memberitahu Astro AWANI, mereka dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa hari ini.
Bahri, antara individu penting dalam siasatan terhadap akaun syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Seorang lagi yang dipindahkan adalah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rozaid Yaakob.
Difahamkan kedua-dua mereka sudahpun melaporkan diri di JPM petang tadi setelah mendapat surat pertukaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Tambah sumber lagi, surat daripada JPA itu memaklumkan bahawa kedua-dua mereka dikenakan tindakan tatatertib dan dipindahkan.
Sementara itu memetik laporan portal Malaysiakini yang menghubunginya berkata, Bahri enggan mengulas lanjut perkara itu.
"Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula," katanya.
Bahri sebelum ini lantang menyuarakan kemusykilannya berhubung siri penahanan pegawai kanannya sejak minggu lalu.
Malaysiakini yang menghubungi Bahri pada Rabu turut melaporkan, Bahri bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.
Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.
"Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Bahri Mohamad Zin
#JPM
#Rozaid Yaakob
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan