awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
Azizulhasni raih emas acara pecut elit Siri Trek ASEAN
Pelabuhan Tanjung Pelepas pecah rekod kendali 14 juta TEU pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Urusan syarikat pengeluar kerusi urut parah ditembak

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2016
07:38 MYT
Pengarah Urusan syarikat pengeluar kerusi urut parah ditembak
Mangsa dilaporkan merupakan pengarah urusan sebuah syarikat pengeluar kerusi urut. - Foto Astro AWANI
Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima das tembakan ketika memandu di Lebuhraya Utara Selatan dekat Desa Petaling di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, 40, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Damansara, telah dihampiri sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki. Lelaki terbabit kemudiannya melepaskan enam das tembakan ke arahnya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lima daripada tembakan itu mengenai tangan, dada dan leher mangsa.
"Pada mulanya suspek yang bermotosikal itu melepaskan empat das tembakan dari kanan kereta mangsa, kemudian suspek beralih ke kiri kereta dan melepaskan dua lagi tembakan.
"Ketika ditembak, mangsa sedang memandu kereta dari arah Seremban menghala ke ibu negara untuk pergi ke pejabatnya," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa - Foto Astro AWANI
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa. - Foto Astro AWANI
Mangsa dilaporkan merupakan pengarah urusan sebuah syarikat pengeluar kerusi urut.
Jelasnya, polis masih menyiasat motif kejadian dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut seksyen 307 kanun keseksaan kerana cubaan membunuh.
Topic Berkaitan
#jenayah
#pengeluar kerusi urut
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan