Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Rahmah Dollah meninggal dunia di Hospital Melaka hari ini, akibat serangan jantung.
Allahyarhamah yang berusia 73 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.57 tengah malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 16 Jun lalu.
Anak ketiganya, Junaidah Jalil, 43 tahun berkata, Allahyarhamah sememangnya menghidap sakit jantung sejak enam tahun lalu dan mengadu sakit dada pada hari raya kedua sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka.
Katanya, ibunya kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) selama lima hari sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya dilaporkan stabil.
Bagaimanapun, Allahyarhamah tiba-tiba diserang serangan jantung pada malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia.
“Kali terakhir arwah mengadu sakit dada pada malam raya kedua. Saya cuba urut dadanya sebelum kami bawa ke Hospital Melaka. Semalam kami jumpa arwah masih boleh bercakap. Tiba waktu malam arwah kena serangan dan kritikal,” katanya.
Junaidah berkata demikian ketika ditemui pada pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Limbongan Permai, Melaka pada Isnin.
Perniagaan Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah yang diperkenalkan sejak 1979 itu kini diuruskan oleh Junaidah.
Keluarga itu turut memiliki satu lagi perniagaan, Kuih Keria Haji Jalil (suami Rahmah) yang diuruskan oleh adik-beradik Junaidah yang terletak berhampiran dengan gerai kuih keria antarabangsa di Limbongan itu.
Perniagaan Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah terkenal dan menjadi antara lokasi yang wajib dikunjungi pengunjung yang datang ke Melaka lebih-lebih lagi untuk menikmati kuih tradisional tersebut.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Sektor perladangan digesa tingkat penggunaan teknologi, elak penebangan hutan
Perladangan antara sektor terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dan Perdana Menteri mahu melihat ia memenuhi beberapa aspek.
Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
Syarikat swasta urus tempat letak kereta Hospital Melaka tahun depan - Ab Rauf
Penswastaan berkenaan juga akan melibatkan penggunaan beberapa mekanisme seperti perkhidmatan 'valet parking' atau 'jockey' yang akan turut diperkenalkan.
Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah ketika terima rawatan
Ngwe berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada pihak hospital untuk memulakan siasatan secepat mungkin.
Bekas penyampai Suria FM Zizi meninggal dunia
Ahmad Zuwairi, atau lebih dikenali Zizi, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada jam 1.47 pagi tadi.
Pelakon drama 'Nur' Kamsani Ismail meninggal dunia
Kamsani meninggalkan seorang balu, Norhayati Yusoff, 53, dan enam anak yang berumur di antara 18 dan 36 tahun.
Bayi dihempap pokok ketika berkelah meninggal dunia
Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia.
Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.
Pengarah APM Melaka meninggal dunia
Mendiang yang berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka selepas rebah secara tiba-tiba di pejabatnya sekitar pukul 8 pagi.
Gaduh suami isteri, bayi tercurah minyak panas
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Jumaat itu, mangsa dikatakan terpaksa dikejar ke hospital selepas mengalami kecederaan.
Tiada diskriminasi di wad bersalin Hospital Melaka - JKN
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menafikan wujudnya amalan pilih kasih atau diskriminasi terhadap pesakit sewaktu proses kelahiran di wad bersalin Hospital Melaka.
Hospital medan Melaka dibina di lokasi baharu - Ketua Menteri
Hospital medan itu akan dibangunkan di kawasan tempat letak kereta Hospital Melaka dan menggunakan utiliti elektrik daripada Masjid Al-Azim.