awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh taska perlu miliki diploma pengurusan awal kanak-kanak - Rohani

Bernama
Bernama
11/10/2016
09:26 MYT
Pengasuh taska perlu miliki diploma pengurusan awal kanak-kanak - Rohani
KPWKM meletak syarat pengasuh Taska perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak. -Gambar hiasan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletak syarat pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak.
Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia bagi memastikan pengasuh mempunyai pengetahuan dan mencapai kualiti untuk mengasuh kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.
"Di negara maju, pengasuh kanak-kanak di bawah tiga tahun memang dilatih secara profesional dan tahap pendidikan minimum mereka mestilah diploma.
"Sebelum ini, Kementerian Pendidikan telah membincangkan perkara ini, tetapi hanya melibatkan prasekolah. Kali ini kita mahu pengasuh Taska juga mempunyai diploma sebagai kelayakan utama," katanya kepada pemberita.
Beliau mengadakan Dialog Bersama Menteri bertajuk 'Wawasan Baharu Ke Arah Pembangunan Masyarakat' di Institut Sosial Malaysia di sini hari ini.
Dalam ucapan perasmiannya, Rohani berkata keperluan bagi memastikan pengasuh Taska memiliki diploma merupakan usaha kerajaan untuk mendapatkan acuan terbaik dalam mendidik kanak-kanak.
"Kanak-kanak di peringkat umur tiga tahun ke bawah memerlukan pendidikan awal berkualiti daripada pengasuh berkemahiran bagi mencorak masa depan negara," katanya.
Dialog julung kali itu akan diteruskan dengan lapan lagi siri bersama penyertaan menteri daripada pelbagai kementerian lain sehingga Disember tahun depan.
Ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai isu sosial semasa negara, merangsang percambahan minda dan perkongsian idea dalam memahami cabaran sosial semasa serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab masyarakat. -Bernama
Topic Berkaitan
#diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak
#KPWKM
#Rohani Abdul Karim
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan