Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pengawal keselamatan ditahan, lari pemeriksaan polis

Pengawal keselamatan ditahan, lari pemeriksaan polis
Suspek sedang menunggang motosikal bersama seorang lagi rakannya tidak memakai topi keledar ditahan polis untuk pemeriksaan sebelum bertindak melarikan diri.
KUALA SELANGOR: Padah melarikan diri daripada pemeriksaan polis, seorang pengawal keselamatan ditahan dalam satu operasi Ops COVID-19 Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada Selasa.

Ketika kejadian, suspek, Logendran Nair Vejayan, 24, sedang menunggang motosikal bersama seorang lagi rakannya dengan tidak memakai topi keledar ditahan polis untuk pemeriksaan sebelum bertindak melarikan diri.
Manakala rakannya yang juga pengawal keselamatan berjaya ditahan dan hanya dikenakan saman atas kesalahan tidak mempunyai lesen, tidak memakai topi keledar serta tidak mempunyai cukai jalan.

Bagaimanapun, cubaan suspek yang cuba melarikan diri gagal apabila dia dibawa oleh ibu bapanya setelah dihubungi pihak polis.
Suspek telah dibawa ke Balai Polis Bestari Jaya sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Mengikut rekod polis, suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, merusuh dan mendatangkan kecederaan.


 
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan peraturan tiga, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Tag: COVID19, pengawal keselamatan, lari dari pemeriksaan polis, Polis Diraja Malaysia, PDRM, Perintah Kawalan Pergerakan, Balai Polis Bestari Jaya, covid-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.