awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengecualian bayaran saringan COVID-19 untuk tiga kategori

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2020
07:26 MYT
Pengecualian bayaran saringan COVID-19 untuk tiga kategori
Kata Ismail Sabri, mereka yang tiada dalam senarai tiga kategori berkenaan perlu membayar sendiri kos saringan COVID-19 bermula hari ini (Isnin). - Foto Astro AWANI
Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan kos bayaran saringan COVID-19 kepada tiga kategori kalangan rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka ialah Orang Kelainan Upaya (OKU) serta pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi, dan pelajar Malaysia pulang dari luar negara pertama kali.
Bagaimanapun, mereka yang tiada dalam senarai tiga kategori berkenaan perlu membayar sendiri kos saringan COVID-19 bermula hari ini (Isnin).
"Bermula hari ini, rakyat Malaysia dan warga asing yang pulang ke Malaysia perlu tanggung kos ujian saringan COVID-19 setiba di pintu masuk negara. Namun, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan pagi ini telah membuat keputusan untuk beri pengecualian kepada tiga kategori dari membayar kos saringan COVID19.
"Pertama OKU yang ada kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kedua, pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara di atas tugasan rasmi. Ketiga, pelajar yang pulang dari luar negara buat kali pertama dan perlu kemukakan bukti pengajian," katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada Isnin.
Namun, mengambil maklum mengenai kemungkinan ada antara tiga kategori berkenaan yang baharu sahaja membuat bayaran saringan, Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Khas Menteri- Menteri bersetuju pembayaran berkenaan boleh dituntut semula.
"Oleh kerana keputusan dibuat pagi tadi, mungkin ada tiga kategori tadi buat saringan dan telah bayar kos untuk saringan. Jadi mesyuarat telah setuju benarkan mereka tuntut semula caj mereka daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#jkm
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#keselamatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#OKU
#pelajar
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#rakyat
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan