Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pengecualian bayaran sewaan selama enam bulan babit kos RM20 juta

Pengecualian bayaran sewaan selama enam bulan babit kos RM20 juta
Kata Shamsul, ia tidak termasuk sewa 220 buah taska, di tempat kerja sektor awam seluruh negara sebanyak RM5.28 juta. - Astro Awani/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pengecualian bayaran sewa bulanan selama enam bulan bermula Mac lepas bagi kantin, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain yang beroperasi di bangunan persekutuan, melibatkan anggaran kos RM20 juta.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah itu tidak termasuk sewa 220 buah taska, di tempat kerja sektor awam seluruh negara sebanyak RM5.28 juta.
"Kementerian dan agensi penyewa premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain yang beroperasi, hendaklah berunding dengan operator masing-masing bagi melaksanakan keputusan ini.

"Inisiatif ini akan meringankan beban yang ditanggung pengendali premis, yang terkesan akibat ketidakmampuan untuk meneruskan perniagaan, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, berikutan penularan wabak COVID-19," katanya menerusi catatan di Facebook rasminya, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, penyewaan ruang bangunan Kerajaan Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), dan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Pada 27 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berkata, premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria dan kedai serbaneka, diberi pengecualian sewaan selama enam bulan.

Muhyiddin berkata ia termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.

-- BERNAMA


Tag: Shamsul Anuar Nasarah, koronavirus, ekonomi, kerajaan, sewa, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.