awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi Hindraf antara lapan individu dilantik senator

Bernama
Bernama
17/07/2018
09:48 MYT
Pengerusi Hindraf antara lapan individu dilantik senator
8 Senator (dari kiri) Datuk Hussain Awang, Datuk Ismail Ibrahim, Liew Chin Tong, P. Waytha Moorthy, Marzuki Yahya, Dr Mohd Radzi Md Jidin, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Asmak Husin bergambar selepas Majlis Angkat Sumpah.- Foto Bernama
Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy antara lapan individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran, di Bangunan Parlimen, hari ini.
Jawatan beliau adalah menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.
Ini merupakan lantikan kedua Waytha Moorthy yang sebelum ini pernah dilantik sebagai senator pada 2013 namun beliau meletakkan jawatan selepas 10 bulan berkhidmat.
Turut mengangkat sumpah ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Ketereh, Kelantan, Dr Mohd Radzi Md Jidin; Ketua PPBM Pulau Pinang Marzuki Yahya; Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim.
Masing-masing mengangkat sumpah sebagai senator buat pertama kali menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, buat pertama kali Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Hussain Awang mengangkat sumpah sebagai senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu manakala Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Asmak Husin dipilih oleh DUN Kelantan.
Kesemua mereka dilantik untuk tempoh tiga tahun bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 dan merupakan barisan pertama yang dilantik setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#Dewan Negara
#Islam
#MARA
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PPBM
#UiTM
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan