awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggantian Muhyiddin adalah satu keputusan sukar - Najib

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
28/07/2015
08:09 MYT
Penggantian Muhyiddin adalah satu keputusan sukar - Najib
Najib ketika berucap di rombakan kabinet hari ini di Pejabat Perdana Menteri di sini. - Foto Astro AWANI
Keputusan menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu keputusan yang amat sukar kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini di sini.
Beliau berkata keputusan itu terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.
"Keputusan saya menggantikan Muhyiddin dan menggugurkan empat orang menteri dan seorang Timbalan Menteri serta melakukan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.
"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan," jelas Najib dalam ucapannya mengenai rombakan kabinet hari ini di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Najib berkata beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.
Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan dan negara, kata Najib.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Muhyiddin Yassin
#Najib Tun Razak
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan