awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggubalan RUU tangani kesan COVID-19, orang ramai diminta beri cadangan - Takiyuddin

Bernama
Bernama
30/05/2020
23:00 MYT
Penggubalan RUU tangani kesan COVID-19, orang ramai diminta beri cadangan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata penggubalan RUU itu merupakan komitmen kerajaan untuk meminimumkan impak penularan pandemik COVID-19. -Gambar fail
Kerajaan mengalu-alukan orang ramai memberi cadangan dan saranan untuk penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata penggubalan RUU itu merupakan komitmen kerajaan untuk meminimumkan impak penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan langsung ekonomi dan sosial kepada rakyat dan industri.
"Selari dengan keputusan Mesyuarat Penggubalan RUU Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 pada 28 Mei lalu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) selaku penyelaras langkah penggubalan ini telah menyediakan pautan bagi sesiapa yang mempunyai saranan atau cadangan untuk RUU tersebut.
"Perlu diingatkan, segala cadangan untuk dimasukkan dalam RUU ini hendaklah berbangkit daripada kesan penularan wabak COVID-19 dan mempunyai impak terhadap perniagaan, firma termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Kesemua pemegang taruh termasuk organisasi masyarakat sivil (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu dan pihak berkepentingan boleh berbuat demikian menerusi http://www.bheuu.gov.my/index.php/ruu-covid19 bagi tindakan seterusnya sebelum atau pada 5 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19
#Rang Undang-Undang
#RUU
#RUU Pelaksanaan Langkah Sementara
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan