Di sebalik usaha berterusan industri media untuk menginovasi dan mempelbagaikan teknik penyampaian berita dan kandungan selaras dengan perubahan semasa dan teknologi, kandungan berkualiti dan menyeluruh masih perlu diutamakan.
Malah, industri media perlu mula melihat peranannya sebagai satu institusi dalam membangunkan negara dan mendidik masyarakat dan bukan hanya satu perniagaan semata-mata.
Ini merupakan antara topik yang dibincangkan di Festival Sastera Georgetown (GTLF 2019) yang bertajuk ‘Wartawan Melayu Terakhir’ yang dikelolakan personaliti Suhaimi Sulaiman bersama ahli panel; bekas Pengarang Utusan Malaysia Zin Mahmud; wartawan veteran Wan Hamidi Hamid, dan kolumnis Fa Abdul.
Perbincangan yang berlangsung lebih 80 minit itu turut membangkitkan isu tentang jenis kandungan atau berita yang boleh diterima oleh masyarakat adalah mengikut demografi dan bahasa yang digunakan.
“Di Malaysia, saya mendapati apabila saya menulis sebuah kolum atau artikel mengenai isu yang mungkin sensitif, kebiasaannya media platform bahasa Inggeris jauh lebih mudah dan terbuka untuk menerbitkannya.
“Ini berbeza untuk platform bahasa Melayu, walaupun ia adalah syarikat yang sama. Para pengarang bagi kandungan bahasa melayu seolah-olah tidak berani untuk menerbitkan artikel yang sama kandungannya dengan bahasa inggeris,” kata Fa.
Fa menjelaskan, isu yang dibangkitkan dalam penulisannya bertujuan untuk mencetuskan perbincangan dan perdebatan, dan tidak semestinya untuk pembaca bersetuju sepenuhnya terhadap hasil tulisannya.
Sementara itu, ketika membincangkan nasib industri akhbar di Malaysia, ketiga-tiga panelis tidak menafikan perubahan dalam dunia akhbar sudah berlaku dan sudahpun terbukti dengan penutupan operasi Utusan Malaysia baru-baru ini.
“Isu ini bukan sahaja masalah yang didepani industri media, tetapi juga industri lain. Contohnya industri penerbangan, sekarang. Kini ada penerbangan yang berslogan ’Now everyone can fly’. Dalam jurnalisme, kita boleh katakan juga ‘Semua boleh berkongsi kandungan’.
“Tidak kira apa yang diterbitkan oleh mana-mana media, apa yang perlu diutamakan adalah ‘fact-checking’. Fakta perlu sahih,” kata Wan Hamidi Hamid.
Selain itu, panel turut membincangkan tentang persepi terhadap generasi muda yang dilihat kurang membaca dan lebih minat kandungan pendek.
“Ada tanggapan salah apabila ramai berpendapat pembaca yang tidak membeli surat khabar akan mendapatkan berita secara digital.
“Saya boleh katakan rata-rata tabiat pembaca itu semakin berkurangan tidak kira dari segi membeli akhbar atau menerusi digital,” kata Fa lagi.
Bagi Zin Mahmud, seorang wartawan veteran dan bekas pengarang kanan Utusan Melayu dan Harakah, beliau mengakui antara masalah utama industri media adalah kekurangan pendidikan perniagaan, dan wartawan generasi muda yang dilihat menulis tanpa konteks.
“Bagi saya terdapat lima ciri kewartawanan yang membolehkan seseorang itu dipanggil wartawan iaitu; luas pemberitaan; professionalisme; intelektual dan penulis yang lebih kepada bentuk panjang (long form).
“Bidang kewartanan ini ada dalam tiga medium, iaitu surat khabar, majalah dan buku. Kewartawanan memerlukan ‘editorial’ yang menjadi jantung pengarang kepada syarikat media.
“Sekarang kita sudah tiada surat khabar dan majalah. Tinggal buku sahaja. Ini yang kita perlu pertahankan sebagai harapan kepada kualiti kewartawanan kita,” kata Zin ketika mengakhiri sesi tersebut.
Dania Zainuddin
Fri Nov 22 2019
Antara panelis termasuk personaliti Suhaimi Sulaiman bersama ahli panel; bekas Pengarang Utusan Malaysia Zin Mahmud; wartawan veteran Wan Hamidi Hamid, dan kolumnis Fa Abdul. - Foto Astro AWANI/Dania Zainuddin
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Penggunaan bahasa penentu berita yang disampaikan?
Industri media perlu mula melihat peranannya sebagai satu institusi dalam membangunkan negara dan mendidik masyarakat dan bukan hanya satu perniagaan semata-mata.