Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menegaskan perkataan 'pariah' yang digunakan oleh beliau semasa mengulas mengenai kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd (Lynas) baru-baru ini, tidak ditujukan kepada sesiapa.
"Saya tidak tujukan kepada sesiapa. Siapa yang saya tujukan (ketika menyebut perkatan itu)?" soalnya ketika diminta mengulas tindakan beberapa ahli PKR di Kapar membuat laporan polis terhadapnya kerana menggunakan perkataan tersebut yang didakwa menyinggung perasaan komuniti India di negara ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, pada Khamis.
Pada sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Pelancongan Dunia 2019 di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata Lynas tidak boleh dilayan seperti 'pariah' dan diarahkan memberhentikan operasinya di Pusat Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan.
Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian akan hanya mengakibatkan tiada negara lain berminat melabur di negara ini.
BACA: Jika layan Lynas seperti 'paria' ... tiada pelaburan akan masuk - Tun M
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai pelantikan Jalil Rasheed, 37, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB), berkuat kuasa 1 Okt ini.
"PNB duduk bawah Zeti (pengerusinya Tan Sri Dr Zeti Aziz)... Zeti tidak bagi tahu saya apa pun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Jalil memahami hala tuju ekonomi Bumiputera dan Melayu memandangkan beliau dilihat masih muda selain pengalamannya luas di luar negara.
Mengenai keperluan mengubah garis kemiskinan sedia ada pada tahap pendapatan bulanan RM980 bagi seisi rumah, Dr Mahathir berkata memang terdapat keperluan tetapi tidak seteruk seperti dijelaskan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asas Manusia, Prof Philip Alston.
"Tidak seperti dikatakan oleh orang yang datang ke sini untuk satu hari, tinggal di hotel besar dan kemudian membuat kesimpulan," katanya.
BACA: PBB sifatkan peratusan kemiskinan Malaysia tidak realistik
Beliau mengulas mengenai laporan Alston minggu lalu bahawa kerajaan perlu mengkaji dan menilai semula kadar kemiskinan di negara ini kerana laporan rasmi bahawa ia hanya pada kadar 0.4 peratus adalah tidak tepat.
Alston dilaporkan berkata, kadar kemiskinan sebenar di Malaysia adalah jauh lebih tinggi, iaitu hampir sama dengan negara lain pada kadar kira-kira 15 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019
Dr Mahathir berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai pelantikan Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PNB berkuat kuasa 1 Okt ini. - Astro AWANI //SHAHIR OMAR
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Penggunaan perkataan 'pariah' tidak ditujukan kepada sesiapa - Tun Mahathir
Dr Mahathir diminta mengulas tindakan beberapa ahli PKR di Kapar membuat laporan polis terhadapnya kerana menggunakan perkataan tersebut yang didakwa menyinggung perasaan komuniti India di negara ini.
Ariah meriahkan sambutan ulang tahun Jakarta
Teater tari muzikal Ariah naik panggung untuk memeriahkan acara sambutan ulang tahun ke-486 Jakarta.