Penggunaan produk berasaskan ganja yang diimport perlu diberi peluang dan diterima secara terbuka bagi tujuan perubatan, kata ketua aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Katanya, kerajaan mahupun pihak terlibat perlu bersifat lebih terbuka untuk menggunakan ganja bagi tujuan rawatan memandangkan sudah banyak kajian klinikal dijalankan sama ada di dalam makmal perubatan tempatan dan antarabangsa.
"Cuma, kita perlu lebih meneliti sejauh mana penggunaan itu dikawal dan mempelbagaikan lagi kajian klinikal atau penyelidikan berkaitan tumbuhan tersebut untuk digunakan sebagai kaedah perubatan alternatif.
"Menjadi satu kerugian jika ada kaedah alternatif termasuk tumbuhan itu (tetapi) tidak dimanfaatkan sebaiknya sekiranya ia terbukti mampu merawat pelbagai penyakit termasuk kanser dan penyakit saraf," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin
Beliau berkata selain mempelbagaikan jenis kaedah perubatan, produk berasaskan ganja juga dilihat mampu mengurangkan kos rawatan memandangkan ia mudah dan boleh ditanam secara komersial, selaras dengan peruntukan undang-undang berkaitan tanaman terkawal sedia ada.
"Kita sedia maklum kos perubatan terutama kanser sangat tinggi dan membebankan pesakit.Jadi, jika wujud alternatif lain, mungkin ia dapat membantu mereka ini dan sekarang paling diterima pakai adalah produk berasaskan ganja seperti mana yang dilakukan di negara luar termasuk Amerika Syarikat, Thailand dan Mexico," katanya.
Pada Ahad, melalui portal tempatan melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan boleh diimport tetapi perlu mematuhi tiga syarat yang dikenakan kerajaan dan syarikat yang berbuat demikian perlu mendaftarkannya dengan Kementerian Kesihatan.
Dr Lee berkata, antara aspek yang diteliti kerajaan sebelum mengesahkan sesuatu produk sebagai ubat adalah ia selamat digunakan, terbukti berkesan dan maklumat kegunaan yang jelas.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah dilaporkan media sebagai berkata, pokok ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian, namun perlu memperoleh kebenaran Menteri Kesihatan.
Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.
"Jadi saya rasa sayanglah kalau benda ini betul (ganja perubatan) dan boleh dilakukan dalam negara. Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan," kata Zulkifli.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 11 2019
Menurut Nadzim, roduk berasaskan ganja juga dilihat mampu mengurangkan kos rawatan memandangkan ia mudah dan boleh ditanam secara komersial. - Gambar fail
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).
JAIPk, AADK gempur premis disyaki pusat pelacuran, 43 ditahan
Dalam operasi membanteras pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh, pada Jumaat malam, 43 ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita.
Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersama membantu memulihkan mereka yang terjerumus dalam gejala ketagihan dadah.
Kempen antidadah kalangan remaja perlu dianjur lebih kerap
Kempen antidadah dalam kalangan remaja boleh mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti sihat.