awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan ditahan bersama dadah di Cheras

Fareez Azman
Fareez Azman
12/04/2020
07:01 MYT
Penghantar makanan ditahan bersama dadah di Cheras
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kenderaan melalui sekatan jalan raya itu. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penghantar barangan dan makanan bersama satu paket dadah dalam satu pemeriksaan polis di sekatan jalanraya di Salak Selatan pada pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Assisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kenderaan melalui sekatan jalan raya itu.
Hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu beg kertas yang mengandungi sekeping sampul surat yang diletakkan di dalam sebuah kotak.
Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan satu paket dadah dipercayai jenis methamphetamin seberat 1.6 gram di dalam bungkusan itu. Suspek ditahan dan saringan air kencing mendapati negatif serta suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia merupakan kes kedua membabitkan penghantar makanan ditahan bersama barangan terlarang. Pada Jumaat, seorang lelaki ditahan kerana membawa satu botol air daun ketum ketika melalui sekatan jalan raya di kawasan Bukit Jalil.
Pihak polis jelasnya, akan bertindak tegas ke atas mana-mana individu yang mengingkari undang-undang serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan jenayah atau dadah diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Daerah Cheras di talian 03-92845050/5051 atau menghubungi mana–mana Balai Polis berdekatan.
Topic Berkaitan
#Cheras
#COVID-19
#ditahan
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#PDRM
#pemeriksaan
#penghantar makanan
#polis
#Sekatan Jalanraya
#suspek
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan