Tutup

Penghasilan kereta terbang mampu hasilkan industri sampingan

Penghasilan kereta terbang mampu hasilkan industri sampingan
Mohd Redzuan berkata, selain potensi industri mobiliti, industri sampingan juga mempunyai nilai tambah yang cukup besar dalam usaha menjana ekonomi, di samping menambah tenaga pakar di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penghasilan kereta terbang melalui industri mobiliti udara mampu menghasilkan industri sampingan atau spin-off, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Sewaktu sesi Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata, selain potensi industri mobiliti, industri sampingan juga mempunyai nilai tambah yang cukup besar dalam usaha menjana ekonomi, di samping menambah tenaga pakar di negara ini.
“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah cakap dekat saya - Pak Wan tak boleh naik selagi tak ada insurans.

"Jadi (industri) ini akan juga membangunkan, spin-off pembangunan industri di mana kita boleh adakan bidang perniagaan dari segi fintech, AI, dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN - Rembau).

Mohd Redzuan berkata kementeriannya telah pun mengadakan mesyuarat penyalarasan khusus untuk membincangkan hala tuju dan keperluan industri mobiliti udara dengan agensi pelaksana seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Selain itu, beliau berkata Kementerian Pengangkutan juga telah mengadakan sesi libat urus bersama agensi-agensi pelaksana pada 5 September untuk merangka dasar, perlesenan dan gairs panduan bagi memastikan kelancaran pembangunan ekosistem mobiliti udara.

Mohd Redzuan berkata, sekiranya tiada aral melintang, beliau menjangkakan tarikh pelancaran prototaip bagi kereta terbang ialah pada penghujung tahun ini.


Tag: Mohd Redzuan Md Yusof, Khairy Jamaluddin, Mahathir Mohamad, Barisan Nasional, Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Parlimen, Malaysia, kereta terbang, Pak Wan, Menteri Pembangunan Usahawan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.