awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
Tesla 'ketinggalan', BYD kini muncul Raja EV dunia
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengilang keluar tambahan 400,000 topeng hidung dan mulut sehari

Bernama
Bernama
08/02/2020
00:14 MYT
Pengilang keluar tambahan 400,000 topeng hidung dan mulut sehari
Saifuddin bercakap pada sidang media di Kementerian Kewangan, Putrajaya, 7 Feb 2020. --fotoBERNAMA
Pengeluar topeng hidung dan mulut tempatan akan mengeluarkan tambahan 400,000 keping topeng hidung dan mulut (tiga lapis) sehari untuk memenuhi permintaan pengguna dalam mengawal jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jaminan itu diberikan oleh pemain industri semasa sesi pertemuan bersamanya dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dua hari lepas.
"Sebelum ini, 90 peratus pengeluaran tempatan tertumpu kepada produk topeng hidung dan mulut untuk pembedahan dan kegunaan industri, namun susulan penularan penyakit koronavirus, permintaan topeng mulut dan hidung (tiga lapisan) meningkat dengan ketara di pasaran," katanya pada sidang media pada Jumaat.
BACA: Bekalan topeng penutup mulut dan hidung mencukupi
BACA: Koronavirus: Warga emas terkejut diherdik dron kerana tidak pakai topeng muka
Menurutnya penambahan pengeluaran 400,000 unit produk itu juga secara langsung mampu memenuhi keperluan pengguna sekali gus mengelak kejadian pembelian panik.
Pada masa yang sama, beliau turut menasihati peniaga supaya tidak menaikkan harga kerana topeng mulut dan hidung yang merupakan barang di bawah harga kawalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga kawalan
#jangkitan
#koronavirus
#Lim Guan Eng
#novel coronavirus
#novel koronavirus
#pembelian panik
#peniaga
#Saifuddin Nasution Ismail
#tambah pengeluaran
#topeng hidung dan mulut
#topeng muka
#topeng tiga lapis
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan