Seorang pegawai pengiring kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menjadi tukang gunting rambut.

Melalui satu perkongsian di Twitter, Mohamad berkongsi sekeping gambar sedang digunting rambut oleh seorang lelaki.

Presiden Amanah itu, berterima kasih kepada pegawai pengiring itu kerana membantu mengguntingkan rambuatnya.

“Menjaga sahsiah penampilan diri supaya sentiasa tampil kemas. Terima kasih kepada pengiring kerana sudi menggunting rambut saya,” katanya.

Beliau turut berkongsi gambar sama di Facebook yang mendapat pujian ramai.

Ada yang memuji kerana beliau tidak membazir wang menggunting rambut di kedai.