Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakannya berkongsi pentas dengan pembangkang untuk menyelidik Perjanjian Malaysia 1963 disalahtafsir oleh bekas naib presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Salahtafsir itu berlaku ketika beliau (Mohd Shafie) menyampaikan beberapa ceramah di Sabah bulan lepas.
Malah, Anifah berkata penglibatannya dalam beberapa program dengan pembangkang itu pada tahun lepas juga dipersoalkan sehinggakan tindakan disiplin dari UMNO tidak pula diambil terhadapnya kerana berbuat demikian.
Beliau mengaku terlibat dalam program itu, tetapi bukan atas kepentingan dirinya sendiri dan penglibatannya itu turut beliau maklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Benar, saya sepentas dengan pembangkang. Tetapi saya mahu orang-orang Sabah tahu, tidak ada yang lebih utama dalam prinsip perjuangan saya melainkan hak dan kepentingan rakyat di negeri ini," katanya pada Persidangan Perwakilan UMNO Kimanis di Dewan Membakut dekat sini hari ini.
Anifah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis, berkata beliau pernah menjemput Mohd Shafie untuk turut serta menyelidik Perjanjian Malaysia 1963, tetapi menolak.
Anifah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis, berkata beliau pernah menjemput Mohd Shafie untuk turut serta menyelidik Perjanjian Malaysia 1963, tetapi menolak.
"Padahal, ia (penyelidikan Perjanjian Malaysia 1963) jelas untuk memperjuangkan hak orang Sabah, tetapi beliau (Mohd Shafie) berkeras tidak mahu turut serta.
"Malah, beliau (Mohd Shafie) marah saya kerana saya sepentas dengan pembangkang," katanya.
Anifah juga kesal pembohongan Mohd Shafie mengenai permohonan peruntukan untuk membangunkan infrastruktur di Kimanis ketika Mohd Shafie menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Menurutnya, Mohd Shafie mendakwa dalam ceramahnya bahawa Anifah, yang juga anggota Parlimen Kimanis, memohon jumlah yang sikit untuk pembangunan infrastruktur di kawasan itu.
"Saya minta RM50 juta, tetapi beliau kata saya ada pergi ke pejabatnya untuk minta RM500,000. Ini cukup menghina rakyat di Kimanis, cukup menghina rakyat di Sabah.
"Apa sahaja yang boleh kita buat dengan RM500,000 sedangkan beliau ada bajet RM15 bilion ketika di KKLW," katanya.
Pada persidangan itu, UMNO Kimanis sebulat suara menyokong usul untuk memberi sokongan penuh kepada Najib sebagai pemimpin parti dan kerajaan.
UMNO bahagian itu juga menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Ketika membentangkan usul itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kimanis Saudah Sarzaman berkata kesetiaan dan sokongan itu wajar agar UMNO kekal relevan.
Bernama
Sun Aug 28 2016
Anifah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis, berkata beliau pernah menjemput Mohd Shafie untuk turut serta menyelidik Perjanjian Malaysia 1963, tetapi menolak.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd
Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.
Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.
Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu
Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.
Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.