Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdulllah dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, beliau telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

“Beliau didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sebelum ini, Shafee didakwa menerima bayaran sebanyak RM9.5 juta dari bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. pada tahun 2013 dan 2014.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan tentang tangkapan tersebut.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Tan Sri Shafee Abdullah telah ditangkap pada pagi ini.

"Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dituduh di bawah beberapa pertuduhan, di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Menurutnya, petuduhan itu akan dibuat secepat mungkin, sekitar jam 9 pagi ini.

"(Selebihnya) akan mengikut proses mahkamah, di mana kes akan didaftarkn dulu. Kemudian, kebiasaannya mahkamah akan memulakan kes lebih kurag pukul 10 pagi.

"Kes akan dipanggil dan pertuduhan akan dibacakan terhadap beliau. Urusan tu sdg dibuat pegawai2 saya," ujar Azam.