Satu lagi sejarah dalam industri penyiaran negara bakal dicatatkan, dengan pengumuman peralihan siaran analog televisyen secara berperingkat, yang bakal membolehkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview sepenuhnya.
Pengumuman bersejarah akan dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, dalam satu majlis di Kompleks Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Langkawi petang ini.
Beliau yang berada di sini dalam lawatan kerjanya akan turut melakukan tinjauan kejayaan peralihan sistem siaran tv dari analog ke digital di pulau peranginan ini, yang sudah memasuki minggu kedua pelaksanaan.
Pada sebelah pagi, Gobind akan mengadakan lawatan ke pusat internet Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, sebelum meninjau bilik operasi 'Analogue Switch Off' (ASO) di Kompleks APM Daerah Langkawi.
Terma 'Analogue Switch Off' (ASO) merujuk kepada peralihan siaran TV, yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat oleh RTM sejak 1963 dan oleh TV3 sejak 1984, menggunakan teknologi lama (analog).
Pengguna di Langkawi mula beralih ke siaran TV digital sejak 21 Julai lalu, selepas pemancaran TV analog dari Gunung Raya, di sini ditutup dan digantikan dengan pemancaran TV digital myFreeview yang boleh memberi liputan siaran TV digital, dengan kualiti siaran yang lebih baik.
Pemilihan Langkawi sebagai kawasan rintis bagi permulaan peralihan siaran TV analog dibuat memandangkan Langkawi telah mempunyai ekosistem TV digital yang mantap, di mana liputan siaran TV Digital adalah menyeluruh, di samping penyelesaian pengagihan dekoder percuma kepada isi rumah Bantuan Sara Hidup (BSH).
Malaysia merupakan negara ketiga di rantau ASEAN yang akan menjalankan peralihan siaran TV analog selepas Brunei serta Singapura, yang telah menutup siaran TV analog mereka sepenuhnya dan bersiaran TV Digital masing-masing pada 31 Dis 2017 dan 1 Jan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Industri Digital Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Gerard Lim berucap pada Majlis 'Media Briefing on myFreeview Digital Tv' di Cyberjaya, 24 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Pengumuman peralihan siaran TV analog secara berperingkat petang ini
Terma 'Analogue Switch Off' (ASO) merujuk kepada peralihan siaran TV, yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat oleh RTM sejak 1963 dan oleh TV3 sejak 1984, menggunakan teknologi lama (analog).