awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan tol 18 peratus tidak jejaskan sumber kewangan PLUS - Tun Mahathir

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
19/01/2020
09:37 MYT
Pengurangan tol 18 peratus tidak jejaskan sumber kewangan PLUS - Tun Mahathir
Perdana Menteri mengumumkan kadar tol Lebuhraya PLUS akan diturunkan 18 peratus tahun ini dan kadar terbabit akan kekal sehingga tamat tempoh konsesi lanjutan iaitu pada 2058. - Gambar hiasan
Penurunan kadar tol lebuh raya yang akan dilaksanakan bermula 1 Februari depan dijangka tidak akan menjejaskan kedudukan serta sumber kewangan PLUS Malaysia Berhad.


Jelas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lanjutan tempoh yang diberikan selama 20 tahun dari 2038 kepada 2058 juga mampu memastikan syarikat terbabit memperoleh hasil kutipan yang mencukupi.


Terutama bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan serta penyelenggaraan lebuh raya pada masa akan datang.


Tambahnya, pengurangan kadar terbabit juga tidak seharusnya menjejaskan kualiti perkhidmatan sedia ada yang dimiliki syarikat konsesi tersebut.


“Dengan mengurangkan tol sebanyak 18 peratus dan tidak ada kenaikan tol selama 38 tahun, dia (PLUS) dapat perolehan yang mencukupi untuk membiayai kerja-kerja pemulihan dan lagi kerja-kerja penyelenggaraan yang diadakan.
“Kita percaya bahawa kegunaan jalan ini akan meningkat dan ini akan menambah pendapatan khazanah dan kita ada pendapatan yang lain, pengiklanan dan lain-lain,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan Pantai Tengah, Langkawi, pada Ahad.


Perdana Menteri padi mengumumkan kadar tol lebuh raya PLUS akan diturunkan 18 peratus tahun ini dan kadar terbabit akan kekal sehingga tamat tempoh konsesi lanjutan iaitu pada 2058..

Jelas beliau, penurunan terbabit merangkumi semua lebuh raya kendalian PLUS dengan hasrat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Topic Berkaitan
#Khazanah
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#PLUS
#rakyat
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan