awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan bagasi 'mogok', lebih 50 penerbangan di KLIA ditunda

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/03/2017
11:02 MYT
Pengurusan bagasi 'mogok', lebih 50 penerbangan di KLIA ditunda
Lebih 50 penerbangan domestik dan antarabangsa sebuah syarikat penerbangan terpaksa ditunda akibat kakitangan pengurusan bagasi yang tidak mencukupi. - Foto Facebook / Badrul Hisham
Lebih 50 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa ditunda hari ini akibat kegagalan sebuah syarikat penerbangan menguruskan sistem keluar masuk bagasi sejak 7.30 pagi tadi.
Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali yang mengesahkan perkara tersebut berkata, pihaknya turut menerima laporan awal memaklumkan ada antara bagasi penumpang yang tidak sampai ke destinasi.
Kelihatan beg di kawasan pengumpulan bagasi tidak terurus oleh kerana kakitangan pengurusan yang tidak mencukupi - Foto Facebook / Badrul Hisham
Kelihatan beg di kawasan pengumpulan bagasi tidak terurus oleh kerana kakitangan pengurusan yang tidak mencukupi - Foto Facebook / Badrul Hisham
"Dalam hal ini, kita pun kecewa kerana perkara ini telah menyebabkan lebih 50 penerbangan di KLIA ditunda.
"Kita (MAHB) masih menunggu laporan mengenai beg yang tidak sampai, maknanya ada beg yang tertinggal (tidak tiba di destinasi)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, kejadian pada pagi itu berkemungkinan berlaku akibat rasa tidak puas hati kakitangan syarikat pengurusan bagasi tersebut dengan jadual tugasan yang baharu.
"Ia adalah antara syarikat yang mengendalikan kerja-kerja mengangkat, menyimpan dan menguruskan beg. Jadi laporan yang saya terima, mungkin berlaku pertukaran jadual tugas yang mungkin tidak dipersetujui oleh pekerja-pekerja.
"Pada peringkat awal, MAHB telah menolong untuk mengangkat beg, tetapi kalau dikehendaki, kakitangan MAHB sendiri akan membantu syarikat tersebut untuk mengendalikan beg tersebut," katanya.
Kini tular di media sosial beberapa foto menunjukkan situasi di pusat pengumpulan bagasi yang tidak terurus kerana dikatakan kakitangan pengurusan bagasi yang tidak mencukupi.
Topic Berkaitan
#Datuk Badlisham Ghazali
#KLIA
#MAHB
#mogok
#pengurusan
#sistem bagasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan