Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pengusaha feri Langkawi cuci feri lebih kerap, elak penularan COVID-19

Pengusaha feri Langkawi cuci feri lebih kerap, elak penularan COVID-19
Pekerja feri penumpang ke Langkawi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengambil inisiatif membersihkan 35 buah feri secara lebih kerap bagi mengelak sebarang risiko penularan COVID-19. - Bernama
LANGKAWI: Sebuah syarikat feri penumpang ke Langkawi mengambil inisiatif membersihkan semua feri-ferinya secara lebih kerap bagi mengelak sebarang risiko penularan COVID-19 dalam kalangan penumpang.

Pengurus Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata langkah itu juga bagi meningkatkan keyakinan orang ramai untuk terus berkunjung ke Langkawi.
"Kebiasaannya, kami akan melakukan kerja pembersihan feri setiap enam bulan sekali, tapi susulan isu COVID-19 ini kami akan membersihkan feri-feri dengan lebih kerap lagi.

"Semua feri yang terlibat adalah sebanyak 35 buah membabitkan semua laluan ke Langkawi termasuk dari Satun dan Koh Lipe, Thailand selain Pulau Payar, Pulau Pinang; Kuala Kedah, Kedah; dan Kuala Perlis, Perlis," katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.
Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Jabatan Laut Langkawi, Ghazali Ahmad.

Sebelum ini, jumlah pelancong ke Langkawi dilaporkan merosot susulan COVID-19 sehingga menjejaskan industri perhotelan, agensi pelancongan dan pusat beli-belah di pulau ini.

Kerajaan negeri Kedah sebelum ini telah bersetuju melaksanakan pengecualian cukai perkhidmatan hotel kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi bagi tempoh enam bulan bermula 4 Mac lepas bagi merancakkan kembali sektor pelancongan di situ.

-- BERNAMA


Tag: pengusaha feri, feri langkawi, penumpang feri, koronavirus, covid19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.