Pengusaha dari Sabah dan Sarawak dilihat masih takut dan ragu-ragu membawa jenama serta produk tempatan memasuki pasaran di Semenanjung.
Jelas Pengasas Borneo Street, Dr Laurence John, kekurangan ini menyebabkan sukar untuk Borneo Street memiliki tapak niaga secara kekal, walaupun Festival Borneo itu sudah bertapak selama 13 tahun di Semenanjung.
"Masalah yang saya hadapi sekarang, walaupun di masa hadapan kerajaan bagi tapak atau saya mencari tapak sendiri, jumlah pengusaha yang mahu turut serta masih kurang. Ketika ini saya ada hampir 30 pengusaha.
“Kalau mahu jadi seperti Petaling Street atau Masjid Jamek, sekurang-kurangnya perlu ada 100 pengusaha,” katanya ketika dijemput dalam program temubual AWANI Pagi pada Sabtu.
Kata Laurence, peniaga-peniaga juga perlu ada daya mampan sendiri dalam memperkasakan produk-produk tradisi, kerana walaupun ada perniagaan dibantu kerajaan, tetapi jika tiada kesungguhan dalam berniaga ia dikhuatiri hanyalah usaha yang sia-sia.
"Festival Borneo adalah satu usaha yang tidak bergantung dengan kerajaan, sebab kerajaan boleh tolong tetapi ada hadnya. Yang penting pengusaha ada daya mampan diri yang tinggi jadi perniagaan itu boleh bertahan.
“Bukan dana individu yang saya perlukan dari kerajaan tetapi lebih kepada bantuan membawa barangan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung,” katanya.
Beliau juga berharap lebih ramai warga Sabah Sarawak ambil peluang menyertai Festival Borneo untuk mengembangkan barangan sendiri ke Semenanjung.
“Ada lebih tiga juta orang Sabah Sarawak di Semenanjung, kita mahu orang Sabah Sarawak dari seluruh Malaysia ambil peluang pasarkan barangan ke Semenanjung," katanya.
Festival Borneo atau Borneo Street KL ketika ini berlangsung di pusat beli-belah Robinson, Kuala Lumpur
Borneo Street juga bakal mengembangkan sayapnya ke United Kingdom pada November ini dalam usaha memartabatkan hasil tangan Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak di sana.
Azyyati Ahmad
Sat Sep 14 2019
Pengasas Borneo Street, Dr Laurence John berharap lebih ramai warga Sabah dan Sarawak ambil peluang di Festival Borneo untuk mengembangkan barangan sendiri ke Semenanjung.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Apabila saya tiada, semuanya akan tinggal sejarah - Uncle Kuah
Kisah Uncle Kuah, satu-satunya pengukir batu nisan granit berketurunan Cina di Kuala Selangor, dan mungkin juga di Malaysia, yang masih hidup. Dan beliau bimbang legasinya akan terhenti.
Penyanyi baharu beruntung kerana media sosial - Dayang Nurfaizah
Trend itu, menurut pelantun lagu Lelaki Teragung tersebut, sangat berbeza dengan proses yang perlu dilalui oleh penyanyi yang seangkatan dengannya.